Friday, July 28, 2006

Bon Voyage…

Assalamualaikum

Seminggu aku tak update blog & tak berkesempatan sangat nak berkunjung ke blog kengkawan… tiba-tiba busy ler pulak.

Kengkawan… aku hari ni last day keje kat sini contract dah abis… jadinya lepas ni aku jadi mem kat umah jap sementara menunggu panggilan interview. Ada yang dah confirm ada yang masih dalam process. Kalau korang dok fikir aku carik keje apa.. aku mencari kerja sebagai Admin, aka Secretary area pulak must be KL city center .. pasal aku dah tak larat nak travel jejauh manjanya aku ni kan well I have my own reason. Korang doa-doakan lah aku dapat keje cepat yee kalau dapat memblog memang best lah, kat umah aku memang tak beli PC reason cukuplah aku dah mengadap pc kat office yang lebih 8 jam sehari. Sakit mata woohh power specs ni pun every year dok bertambah.

Nak citer sikit semalam aku gi dinner kat Bora Ombak, adik ipar aku belanja sapa yang tengok AF ni lah tempat Diddy nanyi… anak dara aku cukup suka Diddy tak tahu pesal... Nice environment cozy, food boleh tahan lah harga consider reasonable. Kul 9.30 ada live band si Syasya dah exited ingat Diddy nanyi aku katalah Diddy kat AF tak nyanyi sini.. lain kali kita datang balik.. opss dah berjanji lah pulak aku ni eh..

Kalau korang kot-kot rindu kat aku.. boleh ler email kat
monaliza123@hotmail.com tetapi aku tak de lah nak bukak email selalu eh.. bila ada kelapangan sahaja…

Nak nyanyi sikit.. so long farewell to you my friend good bye for now until we meet again.. good bye for now until we meet againnnnnnn…. Hehehe lagu ni di ambil dari out of box channel 63…

Adios..

Wednesday, July 19, 2006

Isu Semasa…

Sana sini aku pergi semua orang dok bercerita pasal wedding of the year yang akan berlangsung bulan depan. Cerita dari mulut ke mulut macam-macam versi yang ku dengar, kat email mak aiiii macam-macam cerita hari ni pulak dapat gambar anak datuk itew siap pegang tequila lagi. Opss pegang jek tak minum boleh kan …

Aku bersyukur sebabnya tiada lagi rahsia… apa pun kita hormati keputusan berdua & mendoakan yang terbaik dan semoga jodoh keduanya berkekalan.

Tsunami melanda lagi di Jawa & ratusan nyawa terkorban itu tak termasuk yang masih hilang tetapi berita ini seakan tenggelam dek kerana semua surat khabar & berita lebih focus ke cerita kahwin. Kasihan negara jiran kita Indonesia sekali lagi di landa petaka, selepas tsunami tahun lepas, baru lega dengan ledakan gunung berapi & sekarang tsunami kembali. Adakah ini suatu petanda untuk kita? Wake up call? Yes no?

Lagi satu Isnin malam aku tengok Armageddon one of my favourite movie walaupun dah tengok berpuluh kali tapi mesti meleleh bila last part yang Gracie dok nangis panggil daddy daddy sensitive gitu. Tapi dalam cerita bolehlah kita save the world tapi boleh ke kita predict bila datangnya tsunami, typhoon, banjir & so on kan… kita mesti selalu bersedia tapi dari segi apa? Fizikal? Mental? Duit?

Saudara Islam kita di Asia barat, penduduk palestin masih menderita kerana kekejaman Israel & apa tindakan negara Islam yang lain hanya menunggu dah lihat?


Wah banyaknya persoalan, nak dengar pendapat kalian pulak cam ne..